Dapat harga tak sampai RM400 seorang sekali add on lugggage 10kg… settle beli tiket flight proceed hotel pulak..
Sampai dekat Jakarta kami terus shoott pi Bandung dulu.. 2 malam dekat Bandung 2 malam dekat Jakarta… nanti nak balik baru patah balik pi Jakarta..
Soo hotel dekat Bandung aku ambik lokasi dekat bandar.. senang nak pi mana2 jalan kaki.. memang jalan kaki sungguh weh ð
Walaupun hotel dia agak old old sikit tapi okay laa.. selesa.. cuma tak ada lif ð kawasan pulak memang sejuk gediiiiiii ðĨķ
8hb Julai, aku mimi dan Adam gerak dari Kulim nak pi klia.. pukui 8:30 macam tu laa kami bertolak.. pukui 12 lebih kami sampi kl.. adam syoq lena dekat belakang.. sampai la aku tiba2 brek mengejut terus terpelanting Adam ðĪĢðĪĢ Terpinga-pinga member sebab terkejut.. lepas tu dia bantai lena balik.. hareyyyy.. dia boleh kata “ Laju jugak hang bawak” sebelum dia krohhhhhh balik ð
Sampai keyel adik mimi hantar kami pi klia.. alhamdulillah jimat parking keta sebab parking kat rumah adik mimi ð
Azie dari melaka sebab dia pi awai lagi.. memenuhi jemputan kenduri soo kami jumpa dekat klia aje lah.. Ahmad pon dah sampai klia dari kelantan..
Flight pukui 7 pagi.. Batik Air… alhamdulillah flight tak delay walaupun ada desas desus kemungkinan flight delay.. syukur everything went well ðŦķðŧ
Tu adam dengan ahmad and azie
Ni nanti Imigresen Indonesia akan cek.. kalau dah isi terus jalan..
Ini penting yaa.. sebelum nak fly tu isi siap2 form nak masuk Indonesia nanti.. isi online ja senang nanti sampai sana just scan.. incase kalau tak isi lagi boleh ja isi dekat airport sana cuma renyah laa.. lambert.. orang lain dah lepas tapi kita duk terkial baru nak scan.. soo isi siap2 tiga2 ni..
Gate dekat Imigresen sana pun dah pakai autogate… scan sendiri passport kita..
Selamat sampai Indonesia.. dah siap scan semua terus pi dekat depan.. nak ambik teksi ke Stesen Halim sebab kami nak naik train Whoosh ke Bandung pula.. dulu masa 1st sampai aku naik van.. 3 jam lebih jugak nak sampai.. masa tu nak naik Whoosh tapi Whoosh tak sempat rasmi lagi ð
Sampai depan airport terus kena sapa dengan geng2 kereta.. tak tau laa macam kena pukau ka apa.. dia offer kereta ke sana.. bukan Teksi Bluebird tu.. grab pun bukan tapi berderet laa kereta duk tunggu depan tu.. tak sempat tawar menawar kami semua setuju dengan harga yang diberikan..
Total kereta dari Soekarno Hatta Airport ke Stesen Halim : 350,000rp / RM91
Takda tawar menawar.. Terus on ð
Sampai dekat Stesen Halim baru tersedar.. tu pon azie yang tanya “ Kenapa kita tak try survey harga grab eh?” Ntah.. aku syak kena pukau dah tadi ð
Perjalanan hampir 1 jam sekali jem dan tol.. sumpah macet!
Kereta yang kami naik ke Stesen Halim.. kereta apa tak tau ð
Glad to see you again Jakarta ðĨđðŦķðŧ
Dah sampai Stesen Halim.. nak cari kaunter tiket..
Wehhh pasai tiket ni ð Tak tau pula kata cashless.. tiba2 staf dia cakap kena bayar pakai Kad sahaja.. nohhh.. harga total untuk kami 5 orang macam dalam resit tu.. try bayaq guna kad aku.. nohhhh decline! Try kad adam pulak.. tak leh guna sebab dia tak active oversea! lagi haukkkk! Gelabah bewak dah weh.. dah laa belakang orang beratur ramai.. try cakap dengan staf dia kalau nak beli 1/1 boleh tak.. bayar sorang2 tapi dia kata tak boleh sebab dah key in detail passengers and lagi 1 train dah nak mai.. aaaahhhh punggah.. pastu staf tu menghilang… aku dah blur nak keluar dulu sat pikir macam mana nak buat ni.. tiba2 staf tu panggil balik.. dia nak tolong bayar guna kad dia.. aku just bagi cash dekat dia.. mashaa Allah.. baik bangettt kanu mas Aldo Alfansah ðĨđðĪðĪ Terima kasih yaaaa ðŦķðŧðŦķðŧðŦķðŧðŦķðŧ
Selesai tiket! Aku dahaga air.. nampak Indo Maret dia aku dah teruja.. feeling dia sama macam hang nampak 7E kat Thailand ð singgah masuk beli coffee sebab dah lama aku tak minum kopi..
Try order Matcha Latte.. masha Allah sedap!! ð
Walaupun kelajuan di dah tahap tu tapi sumpah tak rasa apa pun dekat dalam tu ð know know arrived ð
Sedappppp ðð
Dah sampai Stesen Padalarang ððŧ jadinya dari Stesen Halim ke Stesen Padalarang ya..lepas tu ambik shuttle train dia untuk sambung perjalanan ke Stesen Bandung pulak.. tak payah bayar tambang.. free je..
Dah sampai Stesen Bandung.. nak check in hotel tapi perut lapar.. soo order gojek untuk ambil pi kedai makan..
Untuk lunch dekat Bandung ni kami pilih kedai Warung Bu Imas.. ni pun sebab antara kedai yang di recommend ð kalau dak mampuih pakat bersila atas lantai tak tau nak makan kat mana ðĪĢ
Dari Stesen Halim ke Warung Bu Imas kami naik gojek.. ambik 6 seater ya sebab kami 5 orang..
23,000rp / RM6
Soo bahagi la 5 orang ðĪŠ
Oiiii… orang ramai gila! Kami dengan luggage terkial kial tak tahu nak duk mana sebab meja full! Nasib baik staf dia ramah tolong kami dapatkan meja.. padan la kami sampai pun waktu lunch hour.. haishh..
Dia akan bagi ni dekat customer baru sampai.. soo semua kena order tulis sendiri lepastu nanti dah siap just bagi dekat menu yang kita pilih tu..
Ni menu yang kami ambik..
Aku dengan Adam terliur petai depa weh ððð sedapppp!!! Petai tu depa goreng tau dak ðĪŠ Terung pipit dengan sambal belacan dia tu memang pedas nak mampus!
Settle makan tengah hari, jom ambik gojek balik hotel.. gojek/grab senang dapat cuma lambat sampai sebab jem… kalau ada yang rushing tu tolong la order awal2 ðð
Gojek dari Warung Bu Imas ke Hotel Sakura : 28,000rp / RM7.30
Sampai hotel kami rehat solat apa siap2.. ada yang terlena sebab keletihan…lepas maghrib macam tu kami jalan kaki keluar ke Jalan Braga.. tempat signature kota cinta kan ð
Kawasan Braga.. sepanjang dekat sana udara memang sejukkkkk ja.. soo berjalan lama pun tak peluh langsung ðĪŠ
Yang pasti, aku dah kena sumpahan Point Coffee.. hari2 aku beli kopi dia weh.. sumpah sedapp gila ðððĪðĪðĪ
Lepas tu kami jalan kaki pi area Lengkong pula.. Nak try Kuliner Jl. Lengkong… azie lapaq nasi katanya..
Sapa mata tajam dia akan nampak kepala ayam goreng.. hareyy sungguh.. nasib baik aku sempat pilih lauk.. kalau dak memang terbang pinggan aku.. kepala ayam goreng selungguk dalam talam… grrrrrrr ð
Nasi aku dengan adam… yaa.. azie yang lapaq nasi tapi aku dengan adam yang kedarah ð nasi apa entah.. bunyi dia pelik.. mujur Adam geng aku.. telan ja apa yang jumpa ð
Azie dengan mimi tak mau nasi.. ni lagi hareyy laa ð kata lapaq nasi last2 dua orang tu baham pizza..
Pizza depa nampak menarik… rasa apa aku tak tau sebab aku tak rasa.. kenyang nasi punya pasai.. depa balik makan dekat hotel..
Versi edit satuuuuuuuu…
Dah kenyang semua pakat tak larat dah.. nak balik hotel jalan kaki pun rasa macam jauh beribu batu…. Last2 order grab ð
Grab dari Lengkong ke Hotel Sakura = 35,500rp / RM9.26
Settle Day 1 dekat Bandung.. Ayuh sambung Day 2 dekat bawah ⬇️
______________________________________
DAY 2 BANDUNG ðŪðĐ
Malas buat page… sambung sini terus sampai hari last ð
Good morning Bandung ðĨķðĨķ sejukkk siakk dekat sini.. Adam dengan Ahmad awai2 lagi dah keluaq round area hotel..
Aktiviti kami pagi ni nak pi kawah putih.. soo kami dah tempah supir untuk ke sana.. kalau ikut janji yang aku isi tu pukul 6 pagi dah ready nak pergi… sekali supir tu kata pukul 7:30 pagi.. nohhh.. ada sejam setengah lagi oi… soo sambung lena laa cita dia ððð
TAPI…… pukui 7 supir dah wasap kata dah sampai depan hotel… tuddiaaa.. melompat terjun katil terus laa.. nasib baik semua dah siap pakai tudung.. soo panggil adam dengan ahmad balik kata supir dah mai..
Aku jumpa supir ni kat tiktok.. soo aku wasap la dengan nombor yang dia tinggalkan.. nombor company dia aku rasa sebab masa hari supir nak mai tu dia kata nanti supir sekian2 yang akan mai.. soo hang deal dengan admin dia la kiranya..
Ikutkan aku nak riki2 dulu harga supir.. banyak supir yang aku dapat tapi entah laa.. deal dengan company ni sekali ja terus aku lock.. maybe sebab aku jenis malas nak pilih kot ðĪĢðĪĢðĪĢ
Aku deal sebulan awal.. aku cakap nak pi kawah putih jaa.. soo total RM170 untuk ke sana dan sebuah kereta + supir + tol dan apa lagi ntah.. bayaran pula dia suruh bayar je guna duit Malaysia.. nanti bayar lepas dah selesai guna khidmat dia.. aku pon wowww laa.. sebab apa .. aku nak bayaq awai2 ni takut kena scam.. masa aku nak lock date tu dia minta hantaq semua passport aku dan kawan2.. tanda dah lock la.. aku pon proceed .
Soo pukul 7 supir dah terpacak mai depan hotel.. dapat supir nama Mas Aris.. aku cakap aku nak duk depan sekali ð perjalanan jauh hang jangan la bagi aku duk belakang… lain cerita satgi ðĪĢ
Perjalanan nak ke kawah putih.. masha Allah.. sumpah cantik!! ðĨđ sepanjang jalan dihiasi dengan penduduk kampung… ada kereta kuda duk lalu lalang… kiri kanan penuh dengan ladang teh.. tak sangka pula nak dapat view mahal macam ni… yang pasti, aku jatuh cinta dengan Ciwidey!!! ððððð
Ok jom beli tiket..
Gambar tiket tak dan snap sebab supir yang belikan.. dia yang tolong kami scan masuk pintu.. soo untuk harga tiket macam dalam gambar tu.. harga untuk seorang..
Lepas dah scan tiket terus kami naik van oren kecik tu.. aku saja nak duk tepi.. sekali driver tu bawak ya rabbii… rasa macam tu hari last aku dekat dunia ððð dah laa naik bukit.. dia punya racing tu sampai aku rasa nak terpelanting keluaq.. dengan jalan berlubang berlopak memang gila .. dah la udara sejuk gila sampai tangan aku gigil teruk dah ðĨķ
Takda gambar yang aku edit.. bagi laa yang ni pun ðĨī
Masa kat sini aku dah excited weh.. nampak ja view ni aku yang pi dulu dekat depan.. yang lain tinggai ke belakang pun biaq pi ð
Ni laluan nak ke air kawah tu.. bagi laa haaa gambaq sweet sekeping ð
Kami duk sat ja dekat sini.. sebab mimi dah berdarah hidung haaa kena sedut belerang kawah ni… aku pulak dah kering hidung kerongkong.. bukan tak bawa facemask.. ada jaa tapi gedik tak mau pakai.. no wonder dia strict sapa ada sakit lelah tak boleh masuk .. aku pun rasa nak sesak nafas dah lama2 duk kat situ..
Dah.. settle kawah putih.. jom pi tempat lain pulak.. supir kata nak bawa pi Kawah Rengganis pulak..
Soo nak turun bawah sana kena naik van oren kecik tu balik..
Soo supir bawak pi kawah rengganis pulak.. tak jauh pun dari sini tapi tetaplah kena naik balik kereta.. tak silap aku dalam 10 minit perjalanan kot nak pi sana..
Dekat Kawah Rengganis kena bayar tiket 100,000 rp seorang.. simpan tiket tu sebab banyak tempat aktiviti boleh pi..
Nak ke Kawah Rengganis tu kena lalui titi gantung paling ngeri ni dulu… syukur aku tak gayat.. antara kami cuma Ahmad yang gayat ð Bak kata Adam, Ahmad hampir merangkak sebab tak boleh jalan ðĪĢðĪĢðĪĢðĪĢ masa ni kami the girls dah termenung tunggu depa sampai ðĪĢ
Tuuuuuuuuu… ada yang gayat ke ð
View dia + angin yang sejuk memang lufffffff gila ðĨđðĨđðĨđðĪðĪ semput tu ada tapi tak berpeluh tau..
Lepas turun bridge, kami terus jalan untuk next check point.. Keranjang Sultan.. buaian yang tergantung viral tu ð
Dah selesai check point Keranjang Sultan, kami patah balik dekat bridge untuk pi dekat pintu depan balik… perut dah gendang gendut tali kecapi.. lapar oiii..
Masa dah sampai balik dekat pintu depan tu semua orang akan dapat teh o panas secawan… sedappppp gila minum panas2 dengan udara sejuk gedi tu ðĪĐðĪĐðĪĐ
Bagitau dekat supir kami lapaq ðĪĢ dia bawak kami makan dekat kedai tepi jalan.. area tu juga.. apa ntah nama dia.. bukit senyum ka apa senyum entah.. tak ingat ðĪĢ dekat situ lagi sejuk wehhh ðĨķ
Depa order makan ramai2.. depa order ikan apa entah.. dalam menu dia kata ikan talapia, sekali yang sampai ikan yang orang bela dalam akuarium tu ðĪĢðĪĢðĪĢ aku dari awai memang tak makan ikan sungai / ikan bela ni.. sebab tu aku tak join depa makan.. yang penting makanan semua sedap terutama sup ekor dia.. tu pon ada tourist dari Malaysia tengah duk makan dia suggest “ sup ekor diorang sedap dik” .. kami pon try la oder… memang sedap ui ðð
Dah habis makan, supir bawak kami pi main aktiviti pulak.. aku tak ingat dah apa nama tempat tu.. masuk dekat situ guna tiket yang kami masuk dekat kawah rengganis tu.. sebab tu supir dah pesan jangan hilangkan ..
Jalan nak naik atas tu perghhhhhh.. sumpah lawa eeii.. dengan kabus dengan sejukknyaa… aku sampai gigil ðĨķðĨķðĨķ
Sampai ja dekat puncak, mimi orang pertama yg excited.. mau taknyaaaa.. ni haaa dah lama dia idamkan nak main menatang ni.. aku duk pikir 3 4 kali nak main benda alah ni sebab kaki tangan lutut sendi semua ketaq2.. nak jalan pon macam mengesot dah.. tapi aku terpaksa ikut laa mimi main… risau dia hayun aku jatuh juram tepi tu ð
Biaq pi laaa.. buh pi laa gambaq tak semenggah ni.. peduli apa aku.. duk rasa macam nak buang dah mainan tu.. hareyyyy macam serah diri untuk cabut nyawa … hang laa ni mimi ð tengok azie kat belakang tu duk rasa seminggu gak aku gelak tak berenti ðĪĢðĪĢ
Lepas main benda ni kami terus request nak balik sebab orang makin ramaiiiiiiiiii… ikutkan nak naik flying fox rentas sungai besaq tapii tengok gaya beratoq macam lusa baru sampai turn aku tu.. hmmm takpa lah.. kita balik nahhh.. tengok sorang2 macam dah barai.. termasuk aku ð
Supir macam tak puas bawak kami.. dia offer nak bawak jalan2 pi kedai souvenir tapi takpa lah.. kami tolak dengan elok cakap dah letih dah.. walaupon dia offer nak tunggu kami balik rehat and malam ni bawak keluaq balik, fuhhhh.. baik punya orang.. tapi still kami semua tolak dengan lembut..
Soo balik hotel rehat sattttt.. lepas tu malam tu kami keluaq cari makan dekat CiWalk… a.k.a Chihampelas Walk.. jalan kaki jaaaaa..
Awak tak tau kedai banyak tak bukak ð
Last2 singgah makan nasi goreng bodo jaa.. yang penting, enak kokkk ðĪðŧðĪðŧðĪðŧ
Berkenan betuii dekat tumbler ni ðððð pi lagi sekali nak beli laa ððð
Macam biasa, jadi model untuk kopi ni ððð



















































































































No comments:
Post a Comment