Kalau ikutkan apartment ni laa yang aku sewa.. Tapi tak ada rezeki nak duduk situ.. Harga 1 malam untuk apartment ni RM158...
Dapat rumah dua tingkat siotttt... Hahahaha... Nasib baik dia kekalkan dengan harga sama...
masuk ja dalam rumah, nak terlompat aku dibuatnya sebab sejuk gediii gilaaa...pakai stokin pon tak membantu... tengok dalam rumah ni memang kipas aircond semua tak ada... syukur ya tuhan... dekat kulim pon aku cuma boleh tahan kipas no 1 jaa...
Untuk aktiviti malam tu aku cuma keluar dinner and pi lawat kawasan yang depa kata bangunan baru siap... alaaa yang kata ada family mart laa starbuck apa semua tu...
Taraaaaa... ini lah abang saya dan bini diaa...
Malam tu aku dengan azie cuma makan oden jaa beli dekat Family mart... habuan nak hirup sup panas panas sebab sejuk gedi..
Oh yaa,,, kedai yang kami dinner tu nama Restoran Nur Kasih Raihan .. dekat je dengan rumah kami sewa... area Brinchang... kedai dia nombor satu deret dengan dobi and hotel apa entah.. aku lupa nak snap...
Settle untuk malam tu.. Jumpa esok!
-------------------------------------------------------
Day 2
Pagi ni lewat bangun sampai subuh gajah jadinya sebab syoq sangat lena sampai tak sedar apa dah...
Keluar untuk breakfast... kami pi ambik kunci apartment lain pulak sebab malam ni tidur dekat lain..Berpindah randah gituu.... Kali ni apartment dekat area pekan brincang.. belakang petronas jer..
Apartment ni last minute tau cari sebabnya rumah yang kami stay tu dah tak boleh nak extend lagi malam... Full! Soo jumpa la apartment ni dengan harga RM200 untuk satu malam..
Dapat tingkat 11 oii... bukak pintu dia nampak tu bangunan yang kami pi jalan jalan semalam.. ada McD apa semua..
Overall apartment dia memang puas hati!! Suka gila! yang tak sukanya kat sini lagi gila sejuk dari rumah semalam...walaupon lantai dia kayu.. memang aku rasa nak terbang jaa tau...kalau boleh kaki pon aku tak mau jejak lantai..
Ok dah pasai rumah...
DIsebabkan abang aku teringin gila gila nak makan nasi lemak sambal stoberi, aku pon gagah laa pi cari kedai tu... ada banyak kedai yang jual...
Ni kedai dia... dalam kedai dia sumpah lawa siottttttttttt.... dengan bunga bunga kat atas kepala... siap ada kebun strawberry lagi kalau nak petik
Tak sangka oiii ada ayam goreng strawberry dengan ayam masak merah strawberry... Hahahahahahahhaha... duk melawak ja.. tengok tengok ada... Hahahaha
Cantik kebun dia tau... pandai dia set up untuk orang ambik gambar...
AyahMan Strawberi Cameron Highlands
Alamat : NO. 44 Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Pahang
Buka google, tempat best orang cakap petik tu dekat Kasimanis Strawberry ..
Ni tempat dia.. nak naik dia tinggi gila oii... tapi bagi aku, tempat parking dia susah.. tak friendly dengan parking... aku dah try masuk, syarat dia kalau masuk wajib petik strawberry... kena bayar ikut person.. macam aku hari tu tengok kalau masuk 4 orang wajib petik 1 kilo.. kalau tak cukup 1 kilo nanti depa akan tambah bagi cukup sekilo.. macam paksa la pulak.. Hahahaha... Last2 abang aku tak nak.. beli stoberi tepi jalan je lah...
Kasimanis strawberry farm
Alamat : Malaysia, Brinchang, Pahang
Telefon : 010-386 7074
Tengok pokok je lah yang ada dekat sini... Cantik cantik laa cactus dia.. Hari tu beria aku nak beli... Tapi bila sampai tak ada mood pula nak beli... Haishhhh
Kami lintas pi seberang jalan...ada gerai jual sayur la, buah buahan..bantal.. Aku beli jagung susu.. makan mentah macam tu ja.. Masha Allah... tobat sedap gila oiii.. Lepas tu beli bantal cameron.. Hahahahaha...
Tapi aku geram tengok ni oiii... Huhuhuhu.. aku memang suka buat koleksi benda macam ni.. Lupa pula nak tanya harga...
Taraaaaaaa.... kami sampai dekat ladang teh Boh ! ikutkan nak pi dekat ladang yang tepi jalan tu tapi tak sangka silap jalan... Hahahhaa.. sampai dekat sini.. dah laa jalan killer... taguna..
Harga dessert dia kat sini tak sangka murah.. ingatkan harga kayangan.. Yang pasti, original teh o ais boh ni memang sumpah sedapp oiiii..
Yang pasti, View dia sumpah cantik!
Dah.. jom balik pi tempat lain...
Nak terus balik sebab kami nak pi pasar malam dia... sebelum tu singgah beli di Kea Farm... beli sikit sikit macam tu ja..
Jangan lupa try aiskrim viral dekat cameron ni okay!
Kalau ikutkan. ni laa apartment yang aku akan duk masa 1st day sampai tu.. Tapi tak apa, rumah yang dia ganti tu belakang apartment ni jaa.. depan apartment ni pasar malam... kalau tak boleh la jalan kaki jaa turun pasar malam tu.. tak payah susah susah nak hadap jem ni kan... huhuhuh
Dah.. jom pi dinner pulak..
Kami dinner dekat sini!! Nik Ikan Bakar.. Kedai dia depan balai bomba... belakang balai bomba tu pulak apartment aku duk.. hahaha..
Kedai dia ramai orang oiiii...tapi yang bestnya cepat.. dan sedap! Harga berbaloiii...
Nik Ikan Bakar
Alamat : 16, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
Lepas dinner, kami pon terus balik...
Sampai rumah, tak sangka oiii sejuk gila.. aku sampai tak tau nak buat macam mana dah... pijak lantai pon melompat sebab sejuk...
Aku pakai stokin ni pon tak jadi apa oii...selimut dia pon tak jadi apa...maka malam tu aku tido statik jaa dengan satu posisi... sampai ke pagi aku meringkuk macam tu... Hahahahha
Tak tahulah aku macam mana penduduk sini hadap... sampai aku tengok orang pakai baju lengan pendek pon selamber jaa.. aku tak tahu nak berapa tebai baju dah..
--------------------------------------------
DAY 3
Jom balik!!!!!!!!
Pagi ni keluar awal.. nak cari nasi lemak stoberi warna pink pula sebab kemaren sarapan nasi lemak warna pandan... Bila pi kedai yang nasi lemak pink tu tiba tiba kedai dia tutup pula... alaaaahaiiiiiiii.......
Kami pon singgah laa gerai gerai tepi jalan sebab nak beli stoberi bawa balik... Azie siap beli pokok cili lagi kat mak dia...
Nampak ada gerai masakan melayu, kami terus masuk singgah... kiri kanan dia kedai cina dengan india.. dia jaa kedai melayu.. masakan dia memang superb sedap tau... macam biasa, normal price...
Ni haaa kedai dia.. nanti siapa siapa yang datang cameron silalah singgah kedai dia...makanan memang sedap tau!
Ok dah... kami pon bertolak balik kulim...
Alhamdulillah... selamat sampai kulim.. tapi dan dan rasa panas.. Hahahaha.. aku punya berlagak sampai kulim macam baru balik dari oversea oii... ingatkan cakap keluar asap laa...hampeh... kat kulim hangat oiii....
Nanti ada rezeki kita sampai lagi yaa...
Bye bye Cameron! Sending my love for you !❤❤❤
No comments:
Post a Comment