ESCAPE THEME PARK PENANG ! ❤


Selamat Hari Raya Aidiladha semua... Alhamdulillah.. Settle jugak trip kali ni yang dah rancang beberapa tahun lepas.. Hahaha.. Trip kali ni ramai yang tak boleh join sebab tarikh dekat dengan raya haji.. Jadi, ahlinya cuna aku, mimi and Nizam..

Tarikh 8/7/2022 kami pilih untuk pi escape.. Pilih tarikh ni sebab mimi dah dapat cuti, aku pon cuti and nizam pon cuti last day habis intern.. yang lain sibuk preparation nak raya.. apa boleh buat.. proceed ja lah yang mana free..

Maka bermula lah tugas masing2... Aku cari hotel, Nizam cari tiket... Mimi sponsor kereta dia untuk pi sana... clear!



Ini lah dia hotel yang aku tempah.. masa tuk cari ni jenuh jugak la nak dapat sebab banyak full... pastu harga tinggi.. maybe sebab nak raya.. kalau area batu feringgi sana memang banyak offer hotel murah... Tapi tak nak lah sebab jauh dari padang kota.. kami nak relax area tu ja..

Dapat laa hotel Queen City ni.. Tengok dalam agoda cantik ja hotel dia... harga pon berbaloi.. aku ambik dua bilik.. dua2 katil twin.. soo nizam tidoq sorang pon katil dia tetap twin.. Hahahaha... Tu ada harga yang aku dah buat payment sekali dengan tax dia..


Laluan nak ke bilik.. yang best dia, setiap bilik ada loceng... seronok aku duk main loceng bilik nizam.. Hahaha






Overall, bilik dia aku bagi 10/10 sebab kemas dan cantik.. Tandas pon helokkk... lupa nak snap tandas...


Tiket Escape tu Nizam beli kat sini... RM149 seorang... Bila dah dapat tiket melalui email tu terus tekan link yang dia bagi untuk register muka.. nanti dekat sana nak masuk kena scan muka.. Kalau tak register id face tak apa, nanti sampai escape akan ada staff yang ajar untuk register dulu sebelum masuk... Tapi sebab kami dah register, sampai sana terus scan and masuk.

Soo tunggu apa lagi, lets gooooo masuk Escape!!

Kami bertolak pagi... dalam pukul 8 macam tu laa dari Kulim.. Masuk Penang nasib baik tak jem... Jalan clear... Cari tempat nak breakfast tapi tak da kedai buka pulak tepi jalan.. Last last sampai kat Batu Feringgi nampak ada kedai tepi jalan macam warung la.. dekat dengan petronas..


ni nasi yang aku ambik.. ada hakak ni sorang ja meniaga.. dengan hakak sebelah niaga air.. sedap la juga nasi dia..

 kedai hakak ni memang dekat trafik light petronas batu feringgi.. yang ada mcdonald tu.. Haaaa area ni laa...

Dah siap breakfast terus sambung cari Escape... 

Kat sini la nak masuk dia kena scan muka dulu tu haa...


Masuk ja kat dalam terus sewa locker... Ok, locker dia kita kena pilih number yang locker kosong la.. semua pakai mesin.. macam aku hari tu locker kecik nombor 45.. RM10 kena bayar... boleh bayar pakai ewallet atau card... yang ni locker bahagian depan.. bahagian belakang locker size besar tak silap aku.. maybe harga pon lain... belakang locker ni memang tandas untuk wanita.. sebelah kanan locker and tandas untuk lelaki.. aku lupa snap pula locker.. locker tu kena set password sendiri... dah siap tekan password dia pintu locker akan terbuka sendiri.. kalau dah tutup and nak buka lagi kena pi tekan balik dekat skrin.. kalau orang ramai kena beratur la jawab dia.. Hhahahaha

Kami main aktiviti kering dulu..


Masuk ja dekat tengah ni staff dia suruh kita main aktiviti kering dulu.. dekat sini memang aktiviti air dah.. soo kena laa naik tangga tu untuk ke seberang jalan main aktiviti kering.. macam jejantas laa ni..



aktiviti 1st main kerbau ni dulu... aku tak naik.. depa dua ja naik..

*gambar google*

Lepas tu kaaa mimi nampak hat ni dia ketaq kaki nak main dah.. Ya allah.. aku kata dah dia ni.. laut darat udara semua dia tibai nak main.. aku dengaq orang lain jerit sampai sekali aku nak jerit.. masa nak main ni aku nak berkelai dah dengan geng cina tu... hareyy punya perangai.. dekat kami tiga orang beria suruh beratoq tak bagi potong line.. tiba hat dia panggil habih anak beranak main tak payah beratoq.. sejam tau tunggu ni nak main... sampai akak staff tu pon jeling dah kat cina tu..last2 dapat juga mimi dengan nizam main.. aku macam besa.. tukang record.. Haha


Masa tengah tunggu turn nak main yang lastik tu.. Nizam dah kecut perut nak naik.. aku rasa dia tengah pikiaq cara cara nak melarikan diri tu...nasib baik sempat snap muka cuak dia.. Hmmm.. patut dia dendam dengan aku pon.. tak guna..





Next kami naik chair lift ni untuk main game tuber racer kot nama dia... nak main gelongsor terpanjang tu pon kena naik kerusi ni jugak... aku dengan mimi tak pa tak gayat.. aku risau nizam kat belakang.. entah hidup ka dak.. tuan president tu dah laa nak naik cable car langkawi pon gayat..siott..


Alhamdulillah Nizam tak nangeh... Hahhaha... beria aku record ingat president single ni nangeh..




Haaa main benda alah ni.. Kena tunggur turn tak da laa lama sangat... Yang penting staff dia nama Syahmi tu walaupon muka bengis, bila dia senyum nampak lesung pipit helokkkk oiiiii...

Punya laa laju benda ni turun sampai kasut aku nak tercabut... aku dah laa duk belakang Nizam... rasa macam nak tendang Nizam sebab nak bagi kasut aku masuk balik.. Hahahahha

*gambar google*

Lepa tu kami main game ni.. masa nak main ni dia tak bagi bawa fon.. kena simpan dalam loker dia..soo kalau nak gambar kita kat sini nanti just scan ja qr code yang dia bagi ... nanti cari laa gambar dalam tu sebab photographer dia ada ja dekat situ duk ambik gambar...

Main menantang tali ni jumpa pulak dah geng cina tu.. aiiiii panas... dah sepasai nak kena tunggu.. last last abang staff tu ajak pi main hat level 2 ka 3 entah... 3 kot tak silap aku.. sebab dia kata atas tak ada orang.. kalau nak tunggu cina tu habis keturunan dia main kat level 1 tu, alamat dia kena penendang dari aku dulu laa...

Naik yang tinggi pon and killer block alhamdulillah aku tak gayat.. Hahahha... aku laju siap tinggai mimi dengan nizam kat belakang lagi... yang best tu main flying fox.. asikkkkk! abang staff tu cakap " Kak ni laju noh..." .. dia tak tau ka aku laju sebab nak bagi cepat habis.. sakit tangan oiii habis melecet..


Sebab aku ada eczema sama, soo dia bergabung laa hari tu.. sampai kaki aku pon menggelupas.. nasib baik tak pedih ja..

tengok jam nak pukui dua petang dah.. kami terus pi tukaq baju nak mandi pula... kena pakai swimming wear ya.. tak pakai swimming wear depa tak bagi mandi... aku dengan mimi dah beli siap.. Nizam dia sewa dekat escape... RM9 tak silap aku...


Basah badan dulu pastu baru main yang gelonsoq tu... bukan hat panjang tu lagi... nak main yang panjang tu kena seberang jalan tempat aktiviti kering tadi...


Naik chair lift ni balik sebab nak main yang gelongsoq 1km tu.. siap duduk dalam pelampong lagi haa... nasib baik orang tak ramai.. hakak staff tu siap duk rilek lagi tunggu orang..




Nizam dengan Mimi duk main menatang ni laa yang aku gelak keraih perut tu... sambil record sambil gelak sampai krem perut aku dalam ayaq tau... harey betui perangai dua orang ni... aku tak tau depa ni mai mana.. Hahahhahaha


Main benda ni yang aku tak tahan ni.. Nizam punya berdendam kat aku suruh main ni sebab dia nak shoot bola tu bagi aku jatuh.. last last dia tak dan shoot, mimi shoot aku sekali jaa terus gedebushhh aku jatuh dalam ayaq... seleng betui laa ... part Mimi yang aku tak leh tahan.. timbui timbui keluaq orang lain... sebab tenggelam sampai tudung hilang.. Hahahahahha... nasib baik dan cover..


Last sekali sebelum balik main benda ni... wehhhh sumpah tak bohong.. mimi paksa aku naik gelongsoq ni oi.. masa nak turun tu rasa macam roh aku tertinggai kat belakang... bongokk laa...

Haaa lagi satu dekat kolam ayaq yang depa pasang ombak kuat tu.. nak mandi kolam tu kena pakai jaket sebab takut tenggelam.. ada jaa yang tak pakai.. tu sebab depa pandai berenang.. yang nak hareyyy nya mimi dengan nizam heret aku pi ketengah... weyyyy depa ni buat macam duk main ayaq kat tasik dayang bunting hari tu... aku punya gagau laa nak patah balik... nasib baik ada abam penyelamat.. at least aku pikiaq siap siap dah kalau lemas ada orang selamatkan... Haa gittewww...

Dah letih dah main.. tapi sebenaqnya sedih weh sebab banyak game tak dan main lagi.. perut pon lapaq.. dia ada kedai A&W jaa dalam tu.. kot ada kedai lain lagi tapi aku tak perasan... jam pon nak pukui 5 petang dah... tukaq bajuuuu jom balik..



Tandas dengan bilik salin dia nice... bersih... and ada banyakk... suka tau!



Ambik lah sikit kenangan bergambaq dekat sini.. Gambaq aku jaa tak da weh sebab dari tempat tukar baju sampai tempat parking aku jalan tak pakai kasut... sliper aku tinggai dalam keta.. Hmm...

Overall, escape ni best... tapi sayang laa banyak yang tak dan main... Inshaa Allah lepas ni kalau ada rezeki memang nak main sini lagi.. nak main yang tak sempat main tu...

Ohh ya,, tiket nizam beli tu, kalau tak guna lagi dia valid 3 bulan tau.. maksudnya kami pi bulan Julai.. tiket tu expired bulan sembilan.. Haa gitu... soo hampa semua jangan lupa mai try main game kat sini naa... memang best! 

Jom balik hotel nak solat...pastu keluaq cari makan..




Depan hotel ni betul betul bertentangan dengan kuil india... kalau dari tingkat dua hotel ni boleh nampak laa view masjid and komtar... azan isya pon boleh dengar tau...


Malam malam kawasan hotel tu macam ni laa... ada orang indian meniaga kat bawah...







Oraittt bebeh... ini saja lah cerita untuk escape kali ni... next time mimi ajak main atv pulak... soo kita jumpa untuk next entry pulak... Bye bye!!













































No comments:

Post a Comment