Good morning Bandung ❤️❤️🥰🥰
Pagi ni tak da la pagi sangat.. Hampir tengah hari juga la baru aku keluar dari apartment.. tu sebab aku landing2 dulu atas katil.. sayang nak tinggai dengan udara sejuk2 ni.. memang benyak kali la aku lena 😌
Bangun tu terus pi cari makan tengah hari.. alang2 nak keluaq shopping terus kan..
Original one Nasi Ayam Penyet Surabaya 👏🏻⭐️⭐️
Soda gembira a.k.a Soda Bandung 😘😋
Lepas makan terus kami jalan kaki pi shopping dekat Pasar Baru.. orang ramaii ya rabbiiiii… tapi suasana dia sejibik macam aku pi Hatyai 😂
Baru perasan aku banyak ambik video berbanding gambaq 🤣🤣🤣 jadinya dua keping ja lah gambar kat pasar baru yang aku ambik.. dan.. kalau beli barang dalam ni jangan risau.. kalau keliru dengan sebutan rupiah depa akan translate ke ringgit malaysia 😂😂 ada satu kedai telekung tu siap cakap boleh bayar guna duit Malaysia lagi 😋
Baju kebaya tradisional depa lawa2 wey 😭😭😭😭 aku tak leh tahan aku amek gak sepasang buat kenangan.. pastu balik Malaysia aku try pakai nampak sumpah cantik.. dan2 aku nangeh depan mak aku awat aku tak ambik banyak helai 😭😭 ni pon aku kena pi Indon balik ka???
Dah habis shopping kami balik rehat solat sat.. letih berjalan weyy..berapa tingkat tak tau.. nak tercabut skru lutut..
Baraiii weh.. dengan kepala berdenyut 🥴.. turun bawah beli panadol dalam alfa mart depa.. rehat sat baru lega balik..
Jalan-jalan kat Cihampelas Walk ❤️
Kalau kat sini lebih kurang Pantai Chenang Langkawi.. kiri kanan meriah orang duk meniaga.. harga sama jaa murah macam dekat Pasar Baru aku pi petang tadi..
Lepas tu isi perut pulak dekat Lengkong.. tempat kaki lima meniaga.. sumpah wey aku lagi teruja tengok depa meniaga.. aku balik Malaysia ni bukan beg jaa bertambah berat, badan aku pon sama 🤣🤣🤣
Air kat sana depa bancuh ja wey dengan air paket ni.. yang paling banyak aku minum air sari la.. aku ingat ayaq apa laa.. rupanya ayaq paket 😌
Makan nasi goreng.. meja duduk ramai2 kat sini..
Walaupon cuma nasi goreng bodo… sedap dia tu tak leh bincang 🤤🤤🤤
Telur gulung.. pastu telur campur bihun gulung.. 1st time rasa 1st time juga jatuh cinta dengan rasa dia.. dia letak sos lepas tu flake dengan garam sikit.. uiiiii pedas menyengat tapi sedappppp 🤩🤩
Nak makan banyak2 perut dah full tank.. masa balik apartment tu aku duk kata nak singgah kat makcik bakso semalam nak kedarah lagi semangkuk.. tapi bila dah masuk dalam rumah auto penyegan dah aku nak keluaq balik.. lagipon nak kemas bag.. esok nak bertolak balik Jakarta dah 😌
No comments:
Post a Comment