SOLO : PBAKL 2024 πŸ“š




Selamat Hari Raya untuk peminat buku! πŸ˜‚πŸ‘πŸ» Bila tahu ja tarikh PBAKL semakin dekat, dia punya excited tu macam nak sambut raya uii πŸ€ͺ Dapat tahu ja tarikh pesta buku tu terus aku cari hotel siap2.. risau kalau lambat memang mereput laa.. pakai tido tepi jalan cerita dia 😌

Jadinya tarikh pbakl untuk tahun ni jatuh pada tarikh 24/5/2024 - 2/6/2024.. Masa hari raya Aidilfitri aku tak rasa excited tau nak sambut raya.. jantung aku debar2 tunggu pbakl lagi weh.. tak tahu pasal apa.. kerja asyik tick kalendar ja 😌 Disebabkan excited punya pasal, aku booked tiket 1st day pbakl berlangsung.. muahahahahaha.. lantak la.. kadang aku punya excited bukan boleh bawak bincang 🀀

Setiap hari follow page publisher oii nak tau buku apa yang keluar tahun ni.. dapat tau novel yang aku target keluar memang lompat bintang aku dibuatnyaπŸ€ͺ.. tapi ada jugak yang tak keluar.. author pon senyap tak update apa2 .. hmmmπŸ’”πŸ’”πŸ’”

Kali ni aku pi sorang2.. alang-alang nak relax sat sebab stress dengan kerja jadi aku buat keputusan untuk pi sorang..tahun lepas aku mai dengan kawan2.. tahun ni kawan2 aku semua aku bawak dalam hati ja 😌🫢🏻

Tak mau naik bas.. aku rasa macam nak trauma setiap kali naik bas.. risau takut muntah.. jadi aku buat keputusan naik ETS.. naik dekat Taiping.. pagi pukul 8:49 pagi train aku.. kakak aku hantar dekat stesen.. rombongan sekali mak dengan abang aku n anak dia usung sekali pagi tu.. masa aku nak masuk pintu train tu sempat lagi dia laung “ jangan lupa bawa balik jodoh!” .. malas aku nak aminkan.. aku fuhh22 ke lain.. nanti la jodoh tu.. mana pun dia ada lantak la dia 😌








Sampai KL sentral pukul 12:17 lebih macam tu.. ohh yaa.. masa dalam train aku dapat seat tepi Indian n lelaki.. keja dia asyik makan ja.. k tu ja nak cerita .. aku pejam mata dengar lagu buka volume kuat2.. syukur tak pekak lagi πŸ˜‚




Terus ambil monorail untuk ke bukit bintang.. sebenarnya aku pakai redah ja cari mana monorail.. sebelum sampai tu aku dah search dalam tiktok.. nasib baik aku jumpa.. tu pun aku ikut signboard .. dia suruh naik atas aku naik.. dia suruh turun aku turun.. nasib dia tak suruh terjun ja 😌

Sampai bukit bintang aku stuck.. duk tengah2 macam orang bodo 🀣 last2 buka google map cari hotel aku.. ehh.. sebelah mcd ja pun.. adehhh.. depan hidung!



Aku dapat bilik single harga dalam RM73 macam tu laa.. 





Awat aku nampak gemuk 😡‍πŸ’«


Boleh la untuk aku sorang..lepas mandi dan solat jamak siap2 terus aku turun heret luggange nak pi pwtc.. gendang gendut tali kecapi, aku dah mula lapar nasi.. pusing2 depan hotel tu tak jumpa pula nasi padahal sebelum sampai sini aku dah search dah kedai makan area situ.. tapi disebabkan aku malas nak mencari dan malas nak buka balik tempat yang aku search tu maka aku buat keputusan untuk makan dekat bawah hotel aku tu ja.. hotel aku tingkat atas and tingkat bawah tu ada kedai mee tarik cina muslim.. malas pikir banyak aku masuk dan terus order..



Ni menu yang aku order.. sedap! Lagipun ni 1st time aku makan mee tarik.. selama ni duk nampak kat kulim takdanya aku nak menyinggah masuk and makan.. disebabkan kat sini aku malas cari kedai makan jadi aku try mee ni untuk seumur hidup.. alhamdulillah sedap! 🀩πŸ₯³ dah kenyang jom cari train nak ke pwtc..

Dekat situ ada banyak pulak pintu laluan.. entah kenapa hari tu aku jadi benak ubi.. aku baca signboard dia pon haram tak masuk pun dalam kepala.. last2 aku masuk ja.. masuk ja dalam and tengah tunggu train sampai aku call abang aku tanya nak ke pwtc dari sini nak kena tukar train dekat mana n so on.. last2 kena bebel dia kata aku amek laluan jauh n menyusahkan.. dia suruh aku cari balik pintu train yang aku mula2 sampai tadi.. dah jadi satu kerja aku nak kena keluar balik dari situ.. ok lah.. redho.. aku cari balik pintu tadi..


Time tengah tunggu train sebelum aku naik balik cari pintu train lain.. gigih bukan? 😌

Amik monorail yang dari KL sentral aku naik tadi dan terus sambung ke stesen last iaitu stesen Titiwangsa.. sampai dekat titwangsa tukar train naik ke pwtc pulak.. laahhh.. dari titiwangsa terus pwtc .. dekat ja mehhh



Sampai ja pwtc aku punya renyehh tak tau nak kata laa aih 😌 nak menjerit kang kata gila pula.. terus aku cari booth yang aku dah tulis nak beli novel.. you know what.. aku rasa ni kot diri aku.. jumpa ja buku yang aku dah list terus ambil dan bayar.. sinopsis ka apa ka aku tak tengok dah.. buku lain pun aku tak belek dah.. ambil buku yang aku nak ja then terus bayar πŸ˜‚ padahal belambak buku baru yang ada kat rak situ.. aduhaiii πŸ˜‚ kalau beli barang2 lain pon sama.. nampak barang aku nak ja terus sambar..

Dah habis beli a.k.a dah berat luggage aku nak heret balik..terus aku pon nak keluar untuk balik… tingkat tingkat atas pon aku tak naik tengok ada apa.. aku pon keluar dari situ dengan perasaan sedih πŸ₯Ή tahun depan panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi.. bila dah otw nak balik amek train tu rasa macam tak puas pulak beli.. rasa macam ada yang nak beli lagi tapi tu lah.. allah kata takat tu ja beli.. soo ambil train ke titiwangsa and tukar train untuk ke bukit bintang balik.. 

Masa dah sampai bukit bintang tu nampak suasana dah nak mula hidup.. orang dah nak start meniaga kat kaki lima jalan.. aku terus jalan balik hotel.. rasa nak simpan luggage kat hotel cepat2.. tak larat dah nak tarik.. sampai ja hotel rasa kepala berdenyut.. selongkar beg tak bawa pulak dah ubat! Adehh.. bila aku bawa tak terasa nak makan.. bila tak bawa tu lah yang dia nak sakit.. malas layan terus aku rehat badan sat.. ehhh terlelap.. tau2 dah pukul 7:30.. kepala rasa berat lagi.. berdenyut 😡‍πŸ’« terus keluar hotel lintas jalan beli uphamol kat kedai runcit depan hotel.. depan2 kedai tu jugak aku telan ubat tu.. dekat sebelah kedai runcit tu kedai Panda Eyes.. terus masuk la jawab dia πŸ˜†




Hotel aku betul2 depan dia.. keluar ja dari sini baru rasa segar sikit otak.. sakit kepala pon dah yilek.. jadi meh laa kita cari makan.. aku dah lapar nasi.. saja pusing2 nak masuk pavilion..




Dah lama tak tengok keychain nama macam ni πŸ˜‚ tengok ramai orang juai keychain ni dekat kaki lima hotel aku.. terus ambil satu habuan buat gantung kat kunci kereta 🀣🀣🀣 cantikkkk ❤️❤️❤️ 

Ok jom pi pavillion..


Masuk dalam pavillion aku tak da arah tuju.. naik atas turun bawah aku tak tau cari apa.. kata nak cari makan.. kedai makan yang aku cari tu ada kat situ tapi tak terasa nak masuk 🀣 complicated betui la jadi perempuan ni.. maka aku pun keluar cari kedai makan biasa.. jalan punya jalan tak jumpa la pulak kedai.. singgah beli shawarma ni untuk balik makan kat hotel..taun lepas dah beli and sedap.. tiba beli kali ni rasa kureng.. entah lah.. aku makan separuh ja .. lagi separuh simpan untuk sarapan esok πŸ˜†


Singgah kedai yang viral ni.. kedai warna kuning.. apa nama dia entah.. kkiv ka apa tak tau.. ohh yaa.. awat kali ni area sini penuh dengan Indonesian?? πŸ˜‚ kiri kanan depan belakang asyik dengar “enak” “ya udah” “gimana sih” “gak papa dong” “biarin” .. ya tuhan.. dah rasa macam aku kat jakarta tahun lepas 😌 



Barang dalam kedai dia cuteeeeee semua πŸ₯ΉπŸ€ tapi tak da satu pon yang berjaya menarik minat aku untuk beli.. tengok yang lain pakat shopping penuh raga tapi aku hampeh.. bawak shawarma ja kat tangan.. tak terasa langsung nak membeli.. apa pesyen ntah mood aku kali ni..





Belakang hotel aku tu Jalan Alor yang pames dengan street food.. aku masih gigih ya cari kedai makan untuk beli nasi πŸ˜‚

Jadi masa aku sampai ke sini jadi tergamam jap.. errrr.. kiri kanan penuh arak tapi err.. malas la nak sebut.. hmmm biarlah malas nak describe kat sini 😬 perasaan aku masa masuk sini rasa macam berdosa pulak.. makanan halal kataya ada sebab ada kedai masakan panas kat situ tapi hmmm xpa la.. sumpah feeling dia rasa macam hang masuk kelab malam.. rasa bersalah.. terus aku uturn keluar dari situ.. 

Ahhhh sudah.. aku nak cari kedai mana yang juai nasi tanpa rasa subhah ni πŸ˜‚ aku terpikir, orang bukit bintang ni tak makan nasi ka 🀣🀣 last2 allah tolong.. dia gerakkan hati untuk singgah belakang lorong tu.. ehhh ada nasi kandar.. cantikkk.. nasi ayam madu satu set dengan nescafe ais!! Yeahhahaaaa.. jumpa satu nikmat disitu.. rasa macam dah merdeka oi.. terus tapau bawa balik makan kat hotel 🀣 aku malas dah nak merayau kat situ.. awal aku naik bilik.. sebelum pukul 10 rasanya πŸ˜†πŸ˜† kat kawasan tu baru nak hidup aku dah balik πŸ€ͺ

Sampai bilik aku mandi and solat dulu siap2.. pastu makan!! Tak ambil gambar makanan pon.. tak sempat ka lupa tak tau la.. pastu kemas beg siap2.. bangun pagi esok terus cau!


Hasil beli dekat pbakl.. sikit ja kan? Tu lah.. tiba2 rasa menyesal dah ni 😌 bukak shopee.. sambung order novel sebab harga diskaun sama macam harga kat pbakl.. tak guna betul Nurul Asma ni.. dia boleh sambung beli online πŸ˜‚πŸ˜‚

Dah jom tido..

Pagi tu bangun agak lewat.. tak da la subuh gajah sangat 😌 saja malas bangun awal sebab train pukul 11:05 pagi.. tapi disebabkan aku takut tersalah pintu train lagi maka aku pon lompat turun dari katil.. mandi2 and terus bersiap.. terus check out.. thank you ss grey hotel.. next time mai sini nak pilih hotel ni laa.. best sebab nak pi mana2 senang semua kiri kanan depan belakang ja 🫢🏻🀍🀍🀍


Bila aku bangun pagi ehhh tak sesat la pulak.. tak pasal2 aku sampai awai dekat KL Sentral.. nahhhh.. mereput laa kat situ sampai pukul 11 😌😌 saja aku snap signboard monorail tu supaya taun depan aku mai sini tak payah pening2 cari pintu.. kot tetiba aku benak ubi nanti.. bukan boleh jangka aku ni 😌

Sampai taiping pukul 2:25 .. terus ambil kereta kakak aku parking dekat train tu.. kali ni takda rakyat jelata yang jemput sebab kakak aku pi kenduri.. itu pasa dia tinggal keta aku dekat train.. pandai2 la aku balik sendiri.. 

Petang tu terus aku balik kulim.. nak masuk kerja.. tiba2 rasa bank dah kering.. kena gali balik ni 😌😌



Yang sebelah kiri tu aku beli novel preloved dari group novel kat fb.. memang aku beli siap2 novel 2nd tu sebelum pesta buku sebab aku nak marathon sekali novel baruπŸ˜† and yaa.. sehari sebuah aku baca .. tanjat mak kita and staff tempat keja.. depa tanya “ sehari sebuah baca???” Aku pon dengan riak jawab “ ya 😌”
 
Ok dah.. cukup sampai sini jaa cerita untuk pbakl tahun ni.. tolong doakan semoga tahun depan aku boleh beli banyak lagi sebagai reward untuk aku ya πŸ₯ΉπŸ₯Ή aku happy sangat ni sebab dapat buku banyak2.. terima kasih untuk rasa ini 🫢🏻🀍❤️

No comments:

Post a Comment