BFF TRIP 2025 : Suki-Ya KL


Assalamualaikum πŸ•Š️

Permulaan tahun baru rasmikan dulu pi makan Suki-Ya dengan Eman 🀣🀣 sebelum kita pi yang jauh2 meh laa kita pi yang dekat dulu πŸ€ͺ

Ringkaskan.. dah berapa abad dah Eman punya craving nak makan Suki-Ya… maklum laa.. dekat utara mana ada kedai tu 😌 *lepas ni kita pindah pi duk keyel sat okeh Monn 😌*..

Alhamdulillah.. ada rezeki tahun ni sampai dekat sana.. padahal selalu duk pi keyel cuma x masuk singgah ja.. Haihhhh.. awat rasa penulisan aku tahun 2025 macam sopan semacam je ni 🫣

Bulan 1 dah start booking tiket flight.. yaa.. tiket flight lagi murah dari ETS 😌 lagipun aku memang pilih kaedah yang cepat sampai dan tak memenatkan.. kurang sikit aku punya car sickness 🀣

Tiket flight kami dapat bawah RM100 return.. soo apa lagi.. pecut pi la πŸ’¨

Untuk hotel pulak.. yang ni awal2 lagi aku dah pegang konsep redhoooo dengan Eman.. aku suruh Eman booking hotel.. sebab dia first time sama bab2 booking hotel ni.. aku cuma cakap amek hotel dekat area Bukit Bintang dan harga bawah 100.. Alhamdulillah Eman berjaya dapatkan apa yg aku cakap.. cumanyaaaaaa…. Hotel memang dekat Bukit Bintang.. tapi jauh dari public transport 😭😭😭😭 selalu kalau aku ambik hotel dekat BB memang aku amek area 200meter ja dari Monorail atau LRT.. sebab senang nak pi mana2.. aku tanya Eman kenapa tak cari hotel dekat tengah2 Bukit Bintang? Dia jawab “ Hang tak bagitau. Hg cuma cakap Bukit Bintang ja..” 😭😭😭😭😭😭😭  Maka.. jalan kaki sampai hotel dengan air mata 😭😭😭 nak suruh cancel amek hotel lain dia dah bayar 😭😭😭😭😭😭

13/2/2025. Saja pilih weekday pi keyel sebab nak lenggang x mau sesak2… bersamaan hari khamis.. okay joms πŸ’¨

Pukul 6 pagi aku dah keluaq amek Eman.. Flight pukul 9 pagi.. Pukul 8:30 boarding.. abang aku tanya nak bertolak dari rumah pukul berapa.. aku cakap lepas subuh pi la.. abang aku tak bagi.. dia suruh keluar awal sebab takut jem orang nak keluar pi keja.. aku pon ikut aje lah..memang wehh.. jem sungguh 🀣

Soo lepas amek Eman.. tak jauh pon.. rumah Eman belakang taman rumah aku.. rumah kami selang taman ja πŸ˜‚ pukul 6:19 x silap kami bertolak pi airport penang.. sampai dekat bayan lepas dalam pukul 7 centu terus masuk stesen minyak untuk solat subuh.. dekat dah tu dengan airport.. pukul 7:40 sampai airport.. lepak dulu sat dalam kereta sebab ingat nak punch tiket parking ngam2 pukul 8 pagi.. sembang2 dengan Eman sampai pukul 8 terus masuk dalam parking.. nohhhh.. salah jalan… hahahahaha.. situ bukan tempat masuk parking.. ayyaaakkkkk.. pusing masuk balik dalam airport untuk masuk parking weh.. jam dah 8 lebih… aaahhh mati… 8:30 boarding.. padan muka.. tadi duk rilek sangat santai sebab memang duk tepi2 parking dah.. cuma perlu masuk letak kereta ja 🀣 
Dah masuk dalam bangunan parking…. Piyyyyyyy… parking penuh… aku tanya eman.. macam mana ni wehhhhhh… eman tanya aku balik.. macam manaa????? Haaa.. naik level 2… nampak parking terus masuk walaupon jauh dari pintu nak masuk dalam balai.. hentammm.. janji parking 🀣 kelam kabut cari lif.. kena pi level 3 untuk lintas masuk dalam balai berlepas.. nak level 3… ehhh dia turun pi level 1… punggahh… pintu lif terbuka ja aku dah buka langkah 1000 dengan Eman.. Tapi.. sempat pi print tiket dulu walaupon dah ada E-ticket πŸ€ͺ

Aku suka tiket fizikal dari E-Ticket πŸ‘€


Sampai2 staff dah announce waktu boarding.. Wahahahaaha… selalu macam ni luck setiap kali nak naik flight.. ngam2.. yang hari tu aku terlebih awai 3 jam kat airport.. ni kira level pro la kan sampai lewat terus masuk perut kapal πŸ€ͺ

Masuk dalam flight.. Eman konon nak record video laa dari Penang sampai Keyel.. dia letak dkt tingkap pastu dia tutup cover window tu pastu dia lena 😴

Masa nak mendarat dah tu Eman bukak cover window.. nohhhh.. sikit lagi fon dia nak meletup 🀣🀣🀣🀣 jenuh nak sejukkan.. pastu yang dia record tu haram tak nampak apa sebab tak focus.. Wakakakakaka 🀣🀣🀣 member frust 🀣



Masa ni ralit duk selpi duk buat video pastu duk usya pramugara sampai tak sedaq orang dah habis dalam flight.. taguna πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ padah duk seat belakang sekali… grrrr x mau dah duk belakang..

Okeh.. sampai KLIA 2 terus pi dekat bahagian Klia Transit untuk pi Putrajaya.. nak pi makan dekat Suki-Ya Shafburi.. Betui ke dak tak tau la ejaan nama tempat tu..


Tiket dari Klia 2 ➡️ Putrajaya RM9.40 tak silap.. tak sampai RM10.


Dah sampai stesen ERL Putrajaya.. Eman gigih ya tengah order grab.. Aku pulak gigih tengah touch up bedak.. Nohhh sekali kuning muka aku 🀣🀣🀣

Dari stesen ERL Putrajaya ➡️ Menara Shaftsbury naik grab RM11.. sebelum tu try search dapat harga RM15/16 macam tu.. okay proceed!

*Aku sempat lena sat tau dalam grab sebab tak tahan mengantuk 😴*

Grab hantaq depan pintu menara tu haaa segar biji mata sebab dekat pintu lagi dah nampak kedai Suki-Ya πŸ˜‚


Aku punya rasa nak melompat sebab tak da orang beratoq πŸ˜‚ lupa.. masa kami sampai sini daam pukul 11 lebih macam tu la.. sampai2 tu terus masuk beb πŸ€ͺ


Tuuuuu… muka nikmat tengah makan.. bertahun mengidam nak makan akhirnya dapat juga..


Sos dia kita buat mengikut resepi viral … aku tak tau rasa apa.. rasa nak makan ja lani πŸ˜‚


Kat sini dia viral kita flip daging tu kan? Aku dah try buat.. alhamdulilah.. mujur tak terbang pi kat meja sebelah 😌


Eman tanya “ hang nak pusing2 lagi dak daging tu? Aku nak tuang terus dalam kuah ni..” hmmm 😌


Aiskrim dia sedap πŸ₯ΉπŸ₯Ή




Okay done Suki-Ya.. harap lepas ni hang boleh mati dengan tenang 😌 * psstt… ada yang tak boleh terima joke aku dengan Eman begini ya πŸ‘€*

Dah.. kenyangg perut oii.. aku berjalan pon macam angkasawan baru turun ke bumi 😌 alhamdulillah.. puas hati ❤️

Jom.. nak balik dah.. ingat nak balik naik MRT.. soo buka map cari MRT berdekatan.. hari tu cari dia kata ada di sekitar tu ja 😌 buka map dan follow 😌 ohh.. tak jauh pon dari menara ni 😌 okay jalan lagi 😌 


Haishhh.. awat tak nampak rupa bangunan MRT lagi ni 😌


Tiberrr.. nohhhh hareyyy… bukan MRT.. tu bus stop! 🀣🀣🀣🀣🀣 punya berdekah gelak kat situ 🀣🀣🀣🀣 beria cari bangunan MRT tapi yang dapat bus stop!! Aku tak tau nak redhooo macam mana dah.. takpa la.. jom laa naik bas.. aku dah pasrah menyerah dah..


Last kita naik bas sama2 masa zaman ponteng sekolah kan monnπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Muka happy dapat naik bas 🀣 hari ni semua jenis public transport kita naik πŸ€ͺ tu pon naik bas ni lepas tanya budak2 yang nak naik bas jugak.. kalau dak jenuh tak tau nak amek bas apa 😌 terima kasih dik.. jasamu dikenang 😌 

Lepas turun bas Eman tanya “ weyy.. takda gambar kita selpi ka dalam bus?” Hmmmm.. takda Monnn… ada gambaq jari aku ja sikit.. sudahh laa.. tak payah nak patah balik naik bas semata mata nak amek gambaq selpi 😌

Turun bas tu shooot turun dekat MRT Putrajaya.. best jugak wey naik bas.. dia bawak pusing merata soo dapat laa jugak tengok bandar Putrajaya.. maklum laa.. kita orang kampung 😌




Haaa study Mon… bagus la hang ni… ada sifat tanggungjawab πŸ‘πŸ» dia pegang tanggungjawab untuk bawak aku sepanjang kat keyel.. good girl 😘


Okay.. ada gambar sekeping dalam MRT 😌 

Psttt : Masa kami tanya hakak staff MRT laluan nak ke tempat kami tu kan, hakak tu ada la tanya “ nak yang cepat ke nak santai2? Kalau nak cepat saya cadang naik Klia Transit..”  ohh kami nak santai ja kak 😌 soo naik MRT..

Sebenarnya kami bukan lah nak santai sangat.. lebih kepada jimat 😌 maklum lah dah sengkek lepas makan Suki-Ya.. setahun kumpui duit nak makan Suki-Ya tau 😌

Ok dah..

Dari Putrajaya sentral ➡️ TRX total RM4 lebih kot πŸ€” pastu dari TRX ➡️ Masjid Jamek naik monorail? Ahhhh sudah.. aku dah lupa.. maklum la aku cuma poloww Eman ja.. kalau dia sesat aku pun sesat laa.. dia bawak aku kemana hala semua aku ikut 😌 lantak dia.. janji dia lead aku.. ni kalau aku pi sorg2 aku ingat jalan.. disebabkan Eman yang nak guide aku kali ni, aku auto bodo habis.



Bermula la pengembaraan kami nak cari hotel 😌 time ni la azab bermula.. Dia macam ni.. nak order grab serba salah sebab dekat jugak sikitttttt.. tak order grab hg merana nak kena berjalan 😌 last2 aku redhoooo jalan kaki sat lintas jalan belah ni sat lintas jalan belah nuuu… Eman tanya aku “ macam mana kalau 4 hari kita kat sini dengan situasi macam ni?” .. sudah la Eman.. masa tu mungkin kita dan putus kawan… aku rela patah balik Penang amek keta aku mai bawa kat keyel ni kalau dia punya sakit kaki nak berjalan macam ni 😭😭😭 sikit lagi aku nak mengesot sampai hotel 😭 tu kata aku redhoooo awai2 lagi bila tengok hotel yang Eman cari ni 😭😭😭😭



Tak habis dekat situ.. dia sesat polow map masuk dalam menara maybank pulak dah 😭😭😭😭 kompiden Eman cakap “ masuk dalam ni weyy map suruh pastu kita keluaq kot sana..” … dia punya kompiden masuk dalam tu sampai staff maybank terpinga-pinga tengok kami.. sapadia pulak dah sesat masuk sini 😭😭😭😭 dengan rupa pon dah macam nasi kandaq 😭 tunggu minta nyawa ja ni 😭😭😭


Aku beli ayaq ni sebab ayaq spritzer takdak.. orang keyel tak minum ayaq tu ka wey 😭😭 susah betui nak cari.. nasib baik ayaq 7E tu comey.. aku beli sebab comey., ikutkan aku nak beli 4 botoi mewakili setiap character.. tapi lepas dapat maki dari Eman aku simpan balik 😌 Amek dua ja keh 😌


Finally… rasa nak sujud syukur bila dah sampai depan hotel.. dia punya syoq tu rasa nak lompat bintang 🀩🀩🀩 tapi.. area tu area penganut agama hindu 😌 kiri kanan depan belakang semua india.. dan.. hotel ni berdepan dengan kuil india 😌 Siap hang Eman 😏


Ni laa hotel yang kami stay.. okay laa.. dalam hotel dekat lobi ada tokong india dia besar juga.. aku redhoo je lah.. 1 malam ja stay sini 😌 and receptionist dia pun indian 😌 soo kesimpulan yang aku buat, hotel ni milik indian 😌

Kami request katil twin.. nasib baik ada.. tak kuasa aku nak tido berpeluk dengan Eman.. grrrr πŸ™„

Bilik dia kecikk πŸ™‚ takda towel disediakan πŸ™‚ k.

Masuk rehat jap.. eman sempat lena seround.. aku gigih edit gambaq.. tak tengok pon gambaq yang duk snap tadi.. Eman dah lepas ke angkasa.. soo baring laa kejap 😴😴

Lepas solat terus keluar.. nak pi berjaya time square sattt.. hat ni pon hareyyy jugak.. order grab, nak dekat sejam tau tunggu tepi jalan.. daripada matahari nampak sikit2 terus tenggelam gelap 😭 sia2 jaa masa.. pastu buat request lain.. ehhh depa main pass pass pulak order kita dekat grab lain 😭 nak dapat sebiji keta tu azab weyyyy..


Tunggu grab 😭 Eman tanya “ Asma.. dah termakbul ka perbincangan kita nak try jadi gelandangan kat sini? Tunggu letak cawan ja ni kat depan ..” huwarghhh 😭 finally.. dapat juga uncle Chinese ni.. tapi tukar lokasi.. tak pi time square.. kami pi TRX sebab aku tak pernah sampai lagi kat sana πŸ‘€ 

Ikutkan lepas pi time square tu nak pi TRX.. dah grab buat hal.. nak dekat pukul 9 jugak la sampai wey..

Yang lucu tu.. masuk dalan TRX 15 minit ja.. terus nak keluar cari train ke bukit bintang πŸ˜‚ Muka Eman dah nak maki aku tau.. begini ayatnya.. “ kita tunggu grab nak dekat sejam alih2 hg masuk sini 15 minit ja? Tak berbaloi!!” 

Fineeee πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ masa tu kami dah keluaq tau dari mall.. patah balik wey sebelum Eman sambung dia punya maki πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Masuk dalam Mini-So … aaaarghhhhh.. berkenan gila dekat tumbler Harry Potter ni 😭😭😭❤️❤️❤️ nak beli tapi pikiaq aku punya tumbler Cafe Amazon dan macam2 jenama lagi kat rumah elok tersimpan tak pakai 😭😭😭


Masuk bahagian ni… histeria aku dibuatnya.. salad for life!! πŸ₯ΉπŸ₯Ή❤️❤️❤️❤️❤️!!! Timbang2 hamek RM14 kat situ 😌 


Aku memang dah lapar tau.. aku punya kekenyangan suki-ya tadi pon dah yilekkk sebab banyak berjalan.. tu kalau aku tak jalan tu rasanya sampai ke malam aku kenyang.. silap2 seminggu pon boleh tahan 😌 .. *k ni bohong*.
 
Aku tanya Eman.. “ boleh dak aku nak makan sambil jalan? Senonoh dak? Tak pa kot noh? Kat keyel ni mana ada orang kenai aku kalau buat perangai tak senonoh.. tapi macam mana kalau selisih dengan fattah amin pastu dia tengok aku tengah makan sambil berjalan? Auto rijek nanti weh..”

Aku tak ingat Eman jawab apa.. yang pasti lebih kurang “ tak pa.. hang kat mana2 pun semua tak senonoh.. kalau dia jodoh hang perangai tak senonoh hang pun dia terima.” Aarrghh.. lebih kurang… soo.. aku pun makan sambil tunggu train πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Pssstt : Kalau dia jodoh aku dia terima kan perangai tak semenggah aku ni? Ka dak? πŸ˜‚ kalau dak aku nak tobat dah perangai ni πŸ˜‚


Sekali si shamimi zahida ni tau perangai tak senonoh aku kat keyel tu 🫣



Dalam train

Vs


Tunggu train.., syukur.. tak jumpa Fattah amin 😌 terima kasih mon.. tu banyak lagi gambaq aku mengaibkan yang dia amik.. dari dulu lagi aku redhoo dapat kawan macam dia 😌

Naik train pi bukit bintang.. asalnya nak pi Damascus tapi hmmm.. banyak kali dah sampai tapi tak boleh beli jugak.. dia punya beratoq panjang oii.. aku ni bukan jenis penyabaq.. aku baran 😏

Time ni.. aku dah sakit kaki gila.. kaki aku dah cramp.. soo beli shawarma yang biasa ja balik makan kat hotel..

Tak larat dah.. balik tu memang terbongkang sebab total hampir 24 jam tak tidoq.. malam tu tidoq awaiii πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» 

Time ni jugak aku risau sebab flight nak balik esok tak boleh check in 😭😭😭😭


————————————————————————

Good morning ! πŸŒ… 

Pagi ni Eman bangun awai.. maybe sebab dia dengaq jam aku bunyi πŸ˜‚ alarm aku set memang untung orang lain bangun.. bukan untuk aku bangun 🀣 aku bangun sebab orang bangun 🀣

Nak keluar awai sebab tak boleh check in flight punya pasal .. lagipun amek breakfast dekat hotel.. sorang RM15.. pukul 8 lebih dah keluar bilik untuk turun breakfast.. dia punya breakfast.. hmmmm πŸ™‚ macam menyesai pulak ambik πŸ™‚ tak pa la.. abaikan… jommm kita bertolak balik πŸ’¨

Kami amek grab untuk pi stesen masjid jamek.. walaupun dekat tapi tak nak.. aku nak grab jugak.. tak kira.. memalukan pun lantak la πŸ˜‚

Sampai masjid jamek amek lrt pi titiwangsa.. pastu tukar train amek MRT tu tembak pi Putrajaya Sentral…


Tuuu.. gigih edit gambaq dia


Aku cukup risau kalau fon aku duk kat dia.. bukan sedaq dia tengah amik gambaq.. aku tengah termenung pun dia snap.. mujur la senonoh sikit πŸ˜’



Habis dia jalan merata dalam train tu.. mentang2 takda orang.. dia buat macam train tu dia punya πŸ’†πŸ»‍♀️

Psssttt : masa nak naik train ni kan.. turun ja escalator train dah ada.. wehhh dia lari masuk tinggai aku kat belakang.. aku punya terkejut sampai kasut aku tercabut sebelah.. mujur aku dan heret kasut aku masuk sekali dalam train.. kalau dak balik kulim naik flight takda kasut sebelah kaki aku.. masuk dalam train turn aku maki dia pulak.. “ hang lari masuk tak tengok noh aku jauh lagi kat belakang.. hareyy sungguh..” dia boleh jawab “ selagi pintu tak bunyi selagi tu aku yakin sempat masuk..” macam haremmmmm dia ni πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

Dah sampai Putrajaya Sentral terus tukar amek Klia Transit untuk pi Klia.. 




Sepanjang tunggu train klia transit yang cuma 6 minit tu ja, beratus keping gambaq duk ada.. paling banyak gambaq tembiluk tu laa πŸ’†πŸ»‍♀️ tu pon aku dah delete separuh gb dah 😌 


Train nak sampai dah pun sempat lagi.. yang aku pon layannnnnn…




Tak sampai situ jaa.. dalam train pon ada lagiiiii 😡‍πŸ’«πŸ˜΅‍πŸ’«πŸ˜΅‍πŸ’«πŸ˜΅‍πŸ’«

Okay dah sampai klia.. awai laa pulak.. pulun ligan nak sampai awal sebab tak boleh check in flight.. masa dalam train MRT aku contact customer services dia under Thai Lion air via whatsapp cakap aku punya problem tak boleh check in.. alhamdulillah.. masa dalam train lagi dah boleh check in.. soo bila dah sampai awal kat airportt ni rasa mereput pulak dah πŸ˜‚


K… terima kasih Mon tolong amek gambaq 😌


Disebabkan sampai awal, kita kedarah dulu Burger King!


Salad for life again!!! πŸ₯— 

Dannnnnn… disebabkan sampai awal jugak.. makaaaa 😌



Hang kena melayan dia ni amek gambaq lagi 😌😌😌😌😌😌😌😌😌 aku suruh dia send gambaq dia cepat2 sebelum aku delete.. sebab apa.. sekali aku buka galeri berpinauuuu mata 😡‍πŸ’«



Sekali dengan aku terjebakkkk main filter πŸ’†πŸ»‍♀️ 

Flight pukul 1:20… soo sampai penang dalam pukul 2 lebih.. tak silap 2:40 macam tu.. 

Alhamdulillah.. selamat balik.. masa bayar parking airport penang tu total dari pukul 8 pagi semalam sampai pukul 3 petang hari ni RM53.. Eman cakap harga parking lagi mahai dari tiket flight.. itu lah tu.. lepas ni kalau lapaq suki-ya kita pi balik hari ja mon 😌😌😌😌

Sekian… memori untuk awal 2025… semoga lepas ni banyak lagi memori yang tercipta 🫢🏻🫢🏻🫢🏻🫢🏻🫢🏻 hug you Monnn ❤️



Pssstttt : 



Gambaq ni time bila eh Mon??? πŸ€”πŸ€”πŸ€”



























 


No comments:

Post a Comment